November 15, 2017

Kapsul Patawali Akar Seruntun Suzha Aura

Mari selami kelebihan Akar Seruntun atau dipanggil Patawali, Brokowali, dan pelbagai nama lagi diberi mengikut negeri, negara, dan daerah masing².

Sebenarnya banyak sangat kelebihan akar Seruntun atau Patawali ni, akak akan ceritakan secara ringkas. Pertama sekali, Akar Seruntun adalah tumbuhan menjalar yg banyak memanjat pagar²  mencuri dan pokok² dirumah orang² kampung, ada yg menanamnya. Ada juga yg tumbuh sendiri.

November 13, 2017

Tiada Kenangan Manis Bersamamu Untuk Aku Kenang

Salam min.. tolong hide fb aku.. kisah aku ni panjang utk tauladan gak pada suami kat luar sana.. hargailah ape yg ada dn jagala sebaik2nya... aku dh kawin dgn isteri aku N dh 17thn anak 5 yg sulong 15,12,10,4 dan 2tahun... aku kenal N 18 tahun dulu ... aku x pernah jatuh cinta dgn mana2 girl walaupun gf aku ramai semua yg aku kawan aku main2 jer gf aku yg lebih...


sampai aku kenal N tngh aku nak serius dgn N dtng sorang laki ni mengaku ex bf N dia pun cerita kisah2 hitam dia dgn N terlanjur bagai... ada yg N mengaku tp ade gak yg N ckp dia tokok tambah biasalaa hati dh panas.. lepas kejadian tu hati dn persaan aku mcm biasa je pada N syg pun aku rasa mcm ada x de je tp aku tetap kawin dgn N sbb aku redha itu jodoh aku...lepas kawin aku layan N biasa je x mcm isteri tp N sabar..

November 10, 2017

Kenangan Nasi Lemak Wak Kentut

Tahun lepas March 2016 akak Milokaw pergi ke MMU Nusajaya, Johor atas urusan kerja. Kat sana petang dan malam tu sempatlah kami berjalan² dan makan² bersama beberapa org kawan sekerja. Dari MMU Cyberjaya ni cuma akak bertiga. Campur staff di Johor dan dari MMU Melaka, adalah 5-6 orang.


Tengahari tu kami lunch kat sebuah restoran Melayu iaitu nasi Beriani Gam. Tak jauh dari MMU Nusajaya. Tak ingat pula nama restoran tersebut, yg pasti sangat crowded dan pelanggan chinese pun ramai makan disini. Mana taknya, harga sangat murah dan berpatutan. Nasi beriani daging akak order ni pun cuma RM10. Lembut dan lazat you all. Tetibalah 'you all'.

November 09, 2017

Mengapa Suzha Aura

Nama yg Akak Milokaw pilih untuk bisnes akak ini ialah Suzha Aura Enterprise. Bagaimana tercetusnya nama Suzha Aura ini? Sebenarnya.......panjang ceritanya. Ok, sebenarnya pendek jer. Akak saja cakap panjang.


Suzha Aura adalah cantuman nama akak sendiri Suzi, dan ha tu pula merujuk kepada nama suami akak. Nama dia Halv.... . TAPI, bukan merujuk dia sorang saja, sebaliknya nama mak dan abah akak juga.

November 07, 2017

5 Tanda Anda Berpasangan Dengan Seorang Psiko Emosi

Senang cakap lebih kurang macam gila atau mental lah. Gila pun mcm² gila kan. Ni salah satu daripadanya. Akak Milokaw copy-pasta dari fb Aliff Channel. Jom baca!

Gambar sekadar hiasan

Apabila hubungan berakhir, kita mula menganalisis apa yang berlaku dan mencari sebab sebenar pemisahan itu. Sememangnya ia sukar untuk memahami dengan segera sama ada ia hanya satu kebetulan atau perasaan emosi. Tapi jangan risau, kami ingin membantu anda mengenali orang yang bersikap mencurigakan ini.

November 02, 2017

Lewat Malam di Bukit Tujuh

Minggu lepas 26 Oct 2017 aku baru saja balik ke Merapoh, 4 hari 3 malam. Balik hari Khamis petang, sampai di Merapoh dalam pukul 9 malam. Ahad petang aku balik ke Seri Kembangan.

Wajah insan² yg ku sayang...Nenek dan ibuku ketika di Merapoh sebelum bertolak ke Seri Kembangan

Seronok balik kg, sebab agak lama juga aku tak balik. Last balik bulan 8 hari tu, bulan 10 baru balik. Macam biasa, bawa mak, wan dan ibu saudara aku jalan-jalan di Gua Musang. Itu saja yg terdekat. Nak ke Cameron Highlands sekarang musim hujan, tak seronok juga nak berjalan.

November 01, 2017

Riadah di Setia Ecohill Park, Semenyih

Dah lama akak milokaw tak menulis di Milokaw.blogspot ni. Kesian blog ni, kesepian nampaknya. Entah masih ada pembaca atau tidak. Pun begitu akak tetap teruskan menulis bagi melampiaskan idea yg sekian lama terpendam dek kerana kemalasan dan sibuk dgn urusan duniawi.

June 06, 2017

Kapsul Manjakani Suzha Aura Label Baru

Seperti yg pernah akak milokaw coretkan pada March 2017 yg lalu akan kongsikan new label Kapsul Manjakani Suzha Aura ni, dibawah adalah gambar² label baru. (Sebenarnya dah tak baru sebab dah beberapa bulan kan, lambat bebenor share kat blog ni..)

Kepada kakak², adik², puan² yg manis lagi cantik dan bergaya kalau nak order kapsul Manjakani 100% asli tanpa campuran ini bolehlah hubungi akak suzi aka sis suzi 012-2850957. Harganya RM10 cod. Kalau pos RM17 semenanjung dan RM20 Sabah/Sarawak. Jangan lupa hubungi akak.:):)

March 08, 2017

Kapsul Manjakani Suzha Aura

Dah lama akak Milokaw tak menulis. Nak kata sibuk tu tak juga. Tapi lebih kepada malas. Disamping tugas rutin pergi dan balik kerja office hour, akak juga sibuk dengan aktiviti bisnes Suzha Aura. Suzha Aura Enterprise nama yg diregisterkan di SSM. Kira perniagaan yg halal dan sah disisi undang² Malaysia walaupun baru gitu....... ;-) nanti kalau tak register mcm tak patut lah plak kan? Jadi akak urut turutkan saja.

January 31, 2017

Dari Pemandu Bas Kilang Kepada Jutawan

BAGI seorang wanita, tahun 2009 boleh dikatakan sebagai zaman kejatuhannya dan tahun itu tidak akan dilupakan buat selama-lamanya.


Tidak mudah untuk Ernayanee Nur Julaimi mengharungi kehidupan sedemikian.

Beliau terpaksa lari daripada keluarga. Tinggal sendirian di Bangi dek kerana hutang keliling pinggang.

Ketika itu tiada siapa mengetahui kesusahannya termasuk rakan rumah sewa yang baharu dikenalinya.
Bagi meneruskan kehidupan, Ernayanee terpaksa melakukan pelbagai kerja untuk melangsaikan semua hutangnya.