November 15, 2017

Kapsul Patawali Akar Seruntun Suzha Aura

Mari selami kelebihan Akar Seruntun atau dipanggil Patawali, Brokowali, dan pelbagai nama lagi diberi mengikut negeri, negara, dan daerah masing².

Sebenarnya banyak sangat kelebihan akar Seruntun atau Patawali ni, akak akan ceritakan secara ringkas. Pertama sekali, Akar Seruntun adalah tumbuhan menjalar yg banyak memanjat pagar²  mencuri dan pokok² dirumah orang² kampung, ada yg menanamnya. Ada juga yg tumbuh sendiri.

November 13, 2017

Tiada Kenangan Manis Bersamamu Untuk Aku Kenang

Salam min.. tolong hide fb aku.. kisah aku ni panjang utk tauladan gak pada suami kat luar sana.. hargailah ape yg ada dn jagala sebaik2nya... aku dh kawin dgn isteri aku N dh 17thn anak 5 yg sulong 15,12,10,4 dan 2tahun... aku kenal N 18 tahun dulu ... aku x pernah jatuh cinta dgn mana2 girl walaupun gf aku ramai semua yg aku kawan aku main2 jer gf aku yg lebih...


sampai aku kenal N tngh aku nak serius dgn N dtng sorang laki ni mengaku ex bf N dia pun cerita kisah2 hitam dia dgn N terlanjur bagai... ada yg N mengaku tp ade gak yg N ckp dia tokok tambah biasalaa hati dh panas.. lepas kejadian tu hati dn persaan aku mcm biasa je pada N syg pun aku rasa mcm ada x de je tp aku tetap kawin dgn N sbb aku redha itu jodoh aku...lepas kawin aku layan N biasa je x mcm isteri tp N sabar..

November 10, 2017

Kenangan Nasi Lemak Wak Kentut

Tahun lepas March 2016 akak Milokaw pergi ke MMU Nusajaya, Johor atas urusan kerja. Kat sana petang dan malam tu sempatlah kami berjalan² dan makan² bersama beberapa org kawan sekerja. Dari MMU Cyberjaya ni cuma akak bertiga. Campur staff di Johor dan dari MMU Melaka, adalah 5-6 orang.


Tengahari tu kami lunch kat sebuah restoran Melayu iaitu nasi Beriani Gam. Tak jauh dari MMU Nusajaya. Tak ingat pula nama restoran tersebut, yg pasti sangat crowded dan pelanggan chinese pun ramai makan disini. Mana taknya, harga sangat murah dan berpatutan. Nasi beriani daging akak order ni pun cuma RM10. Lembut dan lazat you all. Tetibalah 'you all'.

November 09, 2017

Mengapa Suzha Aura

Nama yg Akak Milokaw pilih untuk bisnes akak ini ialah Suzha Aura Enterprise. Bagaimana tercetusnya nama Suzha Aura ini? Sebenarnya.......panjang ceritanya. Ok, sebenarnya pendek jer. Akak saja cakap panjang.


Suzha Aura adalah cantuman nama akak sendiri Suzi, dan ha tu pula merujuk kepada nama suami akak. Nama dia Halv.... . TAPI, bukan merujuk dia sorang saja, sebaliknya nama mak dan abah akak juga.

November 07, 2017

5 Tanda Anda Berpasangan Dengan Seorang Psiko Emosi

Senang cakap lebih kurang macam gila atau mental lah. Gila pun mcm² gila kan. Ni salah satu daripadanya. Akak Milokaw copy-pasta dari fb Aliff Channel. Jom baca!

Gambar sekadar hiasan

Apabila hubungan berakhir, kita mula menganalisis apa yang berlaku dan mencari sebab sebenar pemisahan itu. Sememangnya ia sukar untuk memahami dengan segera sama ada ia hanya satu kebetulan atau perasaan emosi. Tapi jangan risau, kami ingin membantu anda mengenali orang yang bersikap mencurigakan ini.

November 02, 2017

Lewat Malam di Bukit Tujuh

Minggu lepas 26 Oct 2017 aku baru saja balik ke Merapoh, 4 hari 3 malam. Balik hari Khamis petang, sampai di Merapoh dalam pukul 9 malam. Ahad petang aku balik ke Seri Kembangan.

Wajah insan² yg ku sayang...Nenek dan ibuku ketika di Merapoh sebelum bertolak ke Seri Kembangan

Seronok balik kg, sebab agak lama juga aku tak balik. Last balik bulan 8 hari tu, bulan 10 baru balik. Macam biasa, bawa mak, wan dan ibu saudara aku jalan-jalan di Gua Musang. Itu saja yg terdekat. Nak ke Cameron Highlands sekarang musim hujan, tak seronok juga nak berjalan.

November 01, 2017

Riadah di Setia Ecohill Park, Semenyih

Dah lama akak milokaw tak menulis di Milokaw.blogspot ni. Kesian blog ni, kesepian nampaknya. Entah masih ada pembaca atau tidak. Pun begitu akak tetap teruskan menulis bagi melampiaskan idea yg sekian lama terpendam dek kerana kemalasan dan sibuk dgn urusan duniawi.

June 06, 2017

Kapsul Manjakani Suzha Aura Label Baru

Seperti yg pernah akak milokaw coretkan pada March 2017 yg lalu akan kongsikan new label Kapsul Manjakani Suzha Aura ni, dibawah adalah gambar² label baru. (Sebenarnya dah tak baru sebab dah beberapa bulan kan, lambat bebenor share kat blog ni..)

Kepada kakak², adik², puan² yg manis lagi cantik dan bergaya kalau nak order kapsul Manjakani 100% asli tanpa campuran ini bolehlah hubungi akak suzi aka sis suzi 012-2850957. Harganya RM10 cod. Kalau pos RM17 semenanjung dan RM20 Sabah/Sarawak. Jangan lupa hubungi akak.:):)

March 08, 2017

Kapsul Manjakani Suzha Aura

Dah lama akak Milokaw tak menulis. Nak kata sibuk tu tak juga. Tapi lebih kepada malas. Disamping tugas rutin pergi dan balik kerja office hour, akak juga sibuk dengan aktiviti bisnes Suzha Aura. Suzha Aura Enterprise nama yg diregisterkan di SSM. Kira perniagaan yg halal dan sah disisi undang² Malaysia walaupun baru gitu....... ;-) nanti kalau tak register mcm tak patut lah plak kan? Jadi akak urut turutkan saja.

January 31, 2017

Dari Pemandu Bas Kilang Kepada Jutawan

BAGI seorang wanita, tahun 2009 boleh dikatakan sebagai zaman kejatuhannya dan tahun itu tidak akan dilupakan buat selama-lamanya.


Tidak mudah untuk Ernayanee Nur Julaimi mengharungi kehidupan sedemikian.

Beliau terpaksa lari daripada keluarga. Tinggal sendirian di Bangi dek kerana hutang keliling pinggang.

Ketika itu tiada siapa mengetahui kesusahannya termasuk rakan rumah sewa yang baharu dikenalinya.
Bagi meneruskan kehidupan, Ernayanee terpaksa melakukan pelbagai kerja untuk melangsaikan semua hutangnya.

October 21, 2016

Surat Buat Bapa Saudara Mangsa DUKE

Surat Buat Bapa Saudara Mangsa DUKE (Dipetik dari fb)

Assalamualaikum .. Hai.. Nama saya Amani, graduan uia dalam bidang psikologi dan kini memegang jawatan sbgai seorang kaunselor di sebuah jabatan kerajaan. Saya juga merupakan seorang anak yatim piatu yg kematian ibu dan ayah ketika masih kecil.



Saya terbaca tentang keadaan 2 orang anak kecil yg di “makan” haknya oleh Bapa Saudara sendiri. Mungkin ramai yg tidak tahu kesan dan akibat drpd perbuatan terkutuk ini terhadap golongan2 terpilih seperti kami.

Jadi, dengan lafaz bismillahirahmanirahim, saya tulis surat ini utk En.Faizz agar dpt diteliti dan diamati dgn jiwa yg tenang..

October 20, 2016

Babi Goreng Rangup

Nak order tak? Menu "Anjing bersalut keju" pun ada kalau nak. Eh, janganlah sentap. Akak Milokaw tanya jer, kot² kalau ada pembaca muslim yg teringin nak order? Non-muslim akak tak tanya, sebab urusan Islam dan halal bukan urusan mereka.

Macam dah bertukar profesion kan. Sebenarnya, akak milokaw hanya menjual Manjakani yg murah itu. Murah supaya mampu dibeli dan dimiliki oleh sesiapa saja. Sebab tu tak jual mahal² macam orang lain 30-40 ringgit sebotol.

Gambar hiasan duniawi

Back to the topic. Anjing dan Babi tadi. Apa yg nak dijijik dan digelikan? Akak Milokaw bagi free kalau ada sesiapa yg nak? Ala, nama jer pun.....tapi sebenarnya Babi goreng rangup tu ayam. Anjing salut keju tu sebenarnya daging lembu. Apa da.....nama jer, jangan risau. Kalau rasa teringin nak order sila whatsapp akak Milokaw OK?

October 17, 2016

Pampers Anak Berdarah - Suami Ugut Jatuh Talak

dan tak benarkan report polis....! Rupa-rupanya......

Manusia jenis apakah ini? Sesungguhnya azab Allah SWT amatlah pedih. Segala kezaliman, kekejian, dan penganiayaan yg dilakukan didunia pasti akan mendapat balasan. Bertaubatlah selagi kita punya masa. Semoga Allah tabahkan hati ibu dan anak kecil ini...dan dikurniakan kehidupan yg lebih baik.

Gambar bapa & anak hanya hiasan

October 14, 2016

Sultan Kelantan Dipilih Sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15

Alhamdulillah, berita dibawah ni berita yg mengembirakan hati di saat hati terusik oleh berita naiknya segala macam benda. Yang terbaru kenaikkan kadar tol! Bagi akak milokaw, kenaikkan tu memang membebankan sebab hampir setiap minggu menggunakan laluan tol sebanyak 3  tol utk ke rumah kakak hakak. Oh lupa pula, kata menteri, "Kalau tak mahu kena tol, ikutlah jalan biasa". Betul jugak tu pak menteri oi...TAPI ni cek nak habaq mai, lalu tol pun makan masa hampir sejam, kalau ikut jalan dalam tu tak tahu lah pukul berapa pula baru sampai?? Inipun syukur dah pindah SK, tahun lepas duduk Kajang hari² lalu tol pergi-balik kerja. OK...tinggalkan sejenak pasal tol tu. Kita baca berita yg menggembirakan ini :)

KUALA LUMPUR, 14 Okt: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mulai 13 Disember 2016 untuk tempoh 5 tahun, dalam satu pengumuman selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja Khas ke-243 di Istana Negara, hari ini.

Berita dan gambar siakapkeli.com

September 28, 2016

"Awak Terlalu Baik Untuk Saya"

Hari ni akak milokaw nak kongsi sedikit tentang pengalaman dan pelajaran, kpd adik² remaja diluar sana sekiranya terbaca coretan ni. Kakak² yg dah terlebih remaja pun boleh ambil pelajaran jika masih belum bertemu calon jodoh.


 ya....you're too good to me! - pic credit exbackin30daysblueprint.com

Jika seseorang mengucapkan ayat "Awak terlalu baik untuk saya bla..bla"..maka janganlah kita cepat merasa kagum dan terharu dgn ucapan tersebut. Kenapa?

September 21, 2016

Kisah Isteri Yg Sumpah Menyesal

Assalamualaikum readers…. Aku mintak sangat admin page ni tolong approve confession aku. Benda ni boleh dijadikan pengajaran buat isteri2 di luar sana. Moga pengalaman dan penyesalan yang aku kongsikan mungkin mampu mengelakkan rumah tangga orang lain dari kemusnahan seperti rumah tangga aku. Mintak maaf jika post aku panjang berjela.

Gambar hiasan

Aku ceritakan secara detail untuk difahami oleh semua.

Bismillah.
Aku masih muda, 26 tahun. Berasal dari keluarga berada dan suami aku anak tunggal juga dari keluarga yang senang. Sekarang ada seorang anak.

September 08, 2016

"Mak Kau Pontianak"

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Akak belum ada anak, tapi anak² saudara kesayangan yang empat orang tu kalau buat atau cakap sesuatu yg tak betul akak akan tegur. Apatah lagi jika ianya melibatkan orang lain. Anak yg tidak ditegur atau dinasihati akan rosak dan merosakkan...byk jiwa yg mati hanya kerana mulut.


Isteri Sibuk Bisnes, Suami Kahwin Lagi

“Saya berusia 45 tahun dan telah berkahwin serta mempunyai tiga orang anak remaja, seorang lelaki dan dua perempuan berusia 17, 15 dan 12 tahun. Isteri bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat insurans tetapi sibuk juga buat bisnes.
Gambar Hiasan

 “Dahulu isteri saya tidak kisah sangat dengan bisnes ini tetapi sejak dia berkawan dengan beberapa usahawan wanita yang telah berjaya, keadaan mulai berubah. “Dia selalu balik lewat malam kerana selepas kerja, dia ke mesyuarat berkaitan produk yang diusahakannya dengan kawan-kawan. Setahun keadaan ini berlaku.

September 02, 2016

Suami Curang Ketika Isteri Berpantang

Semacam lumrah dan biasa kisah manusia curang dan jalang di akhir zaman ini. Semoga Allah menyelamatkan kita dari perbuatan yg dikutuk Allah ini. Kisah dibawah dipetik dari ohbulan. Luahan seorang isteri yg dalam dilema sama ada mahu memaafkan suaminya atau tidak.

August 25, 2016

Gempa Bumi Di Itali 24 Aug 2016 Sekurang²nya 159 Maut

At least 159 people have been killed and 368 injured in an earthquake that hit a mountainous area of central Italy, civil protection officials say. The magnitude-6.2 quake struck at 03:36 (01:36 GMT), 100km (65 miles) north-east of Rome, not far from Perugia.


At least 86 of the dead were in the historic town of Amatrice, where the mayor said three-quarters of the town was destroyed, and in nearby Accumoli.